Nak Souvenier best?

Pernah Makan Kurma Goreng?..

HARRODS Cafe sememangnya terkenal dengan masakan Barat dan Asia Barat yang menjadi kegemaran ramai. Suntikan dekorasi yang memukau menambahkan lagi nilai eksklusif restoran yang terletak di tingkat satu, pusat beli-belah Suria KLCC itu.

Sama seperti restoran-restoran lain di seluruh negara, pada bulan puasa yang penuh keberkatan, restoran itu turut menghidangkan hidangan istimewa Ramadan untuk para pelanggan mereka.


TELUR dadar dengan isi ayam dan sayuran.

Kali ini, Chef Tony Cham yang bertanggungjawab menyediakan menu juadah yang berbeza setiap hari.

Daripada puluhan menu yang diketengahkan, apakah menu istimewa yang disediakan di kafe mewah itu? Jawapannya ialah kurma goreng.

"Kurma yang disalut tepung, kemudian digoreng sehingga garing merupakan hidangan eksklusif kami di sini. Santapan akan lebih sempurna sekiranya pelanggan memesan teh tarik Harrods. Rasanya sangat berbeza kerana daun teh di kafe ini diimport khas dari Harrods, London," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

BOLEHLA CUBA NANTI YE...

7 comments:

ArELeEz said...

xpenah dengor & xpenah makan. pelik tp, benor nih!

whitecappuccino said...

tak pernah terlintas di fikiran..

Mommy Fara said...

Org UK mmg agak pelik. Semua nak digoreng. Snickers pun nak digoreng celup tepung. Ouh! Niekan lak buah tamar?

nurkaloi said...

wahh boleh try nieee
msti cm rase ayam jugak heheh

cik sue ;) said...

sedap ker hah..? cam pelik jer.

JunAina said...

satu kelainan...nak try tapi macam tak leh nak terima je...

juanita said...

Wow...sedap x..xde gamba ke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...