Nak Souvenier best?

Nak Pos Kad Raya? Berapa Harga Setem Tahun ni? 2011....

NAK POS KAD RAYA? BERAPA HARGA SETEM TAHUN 2011 NI?..
JOM BACA..

KUALA LUMPUR - Pada kadar promosi 50 sen sahaja, rakyat Malaysia boleh menghantar kad ucapan perayaan pelbagai saiz dengan berat tidak melebihi 50 gram ke seluruh destinasi di Malaysia.

Pos Malaysia telah melancarkan satu kadar rata bagi pengeposan kad ucapan perayaan utama di Malaysia iaitu Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina di negara ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Berhad, Datuk Syed Faisal Albar (gambar) berkata, kemudahan teknologi informasi dan komunikasi pada masa ini seperti mel elektronik, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan kad elektronik menyebabkan ramai rakyat Malaysia memilih alternatif itu.

"Namun masih ramai lagi yang menghargai sentuhan peribadi apabila menghantar ucapan melalui kad-kad ucapan," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Katanya, kadar promosi itu bermula pada 1 Ogos lalu sehingga 31 Januari tahun depan.

Dengan promosi satu kadar rata ini, beliau berharap dapat menggalakkan lagi rakyat Malaysia menghantar kad ucapan melalui Pos Malaysia.

Promosi itu hanya untuk kad ucapan dalam negara sahaja dan bagi kad ucapan ke destinasi antarabangsa pula kadar pengeposan adalah mengikut caj biasa sama ada mengikut penghantaran laut atau udara.

Bagi memastikan kad ucapan Hari Raya Aidilfitri sampai tepat pada masanya, pelanggan Pos Malaysia dinasihatkan menge- pos kad ucapan mereka pada atau sebelum 24 Ogos ini.

7 comments:

.: iEyLa :. said...

bile da dekat raye...
dapat kad raye la yg best nye..hihi

? said...

50sen?
bagus2..
bnyk kad nk hntr thun ni..

-ToyolKiut

cemomoi said...

aiseymen dah takde awek la nak bagi kad raya... no feeling lagik dahhh

cik sue ;) said...

50sen pun mahal ag..hehe

Mommy Fara said...

Wah! msh ada yg berutus kad raya ke? Seronoknya!

maxwell said...

nk tny kos 50 sen tu untk kos ke srwk skali ke?

and kalo kt semenanjung ni still boley antar guna setem 30 sen?atau kena 50 sen jugak?

nur said...

Maxwell.
Flatrate 50sen.
Setem 30sen x valid da..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...