Nak Souvenier best?

Siapa Ana DAHLIA?

SIAPA ANA DAHLIA?
NAMA DAHLIA PUN SEMAKIN POPULAR..
ANTARANYA ; MYCIKGU DAHLIA- BLOGGER.
DAHLIA IKING- ARTIS. DAHLIA TECK- ERRR, DAN ANA DAHLIA.. ente?


KUALA LUMPUR: Anak teruna Datuk Chef Wan iaitu Mohd. Nadzri,30, mengakui sudah bersedia untuk menjadikan pelakon filem Mantera, Ana Dahlia,28, sebagai calon isteri selepas enam bulan berkenalan.

Mohd. Nadzri atau lebih mesra dengan panggilan Chef Riz berkata, majlis pertunangan mereka akan diadakan sebelum hujung tahun ini tetapi enggan mendedahkan tarikhnya kerana ia masih dalam perbincangan.

“Insya-Allah, saya sudah terbuka untuk menjadikan Ana sebagai calon isteri saya. Hubungan kami mendapat restu kedua orang tua termasuklah ayah saya sendiri iaitu Chef Wan,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis rakaman Melodi Raya di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) di sini, Rabu.

Hubungan cinta kedua-dua pasangan tersebut berjaya dihidu apabila mereka hadir dengan memakai pakaian warna biru sedondon pada majlis itu.

Riz yang juga pemilik restoran On The Table dan syarikat Culinary Brilliance Sdn. Bhd. di Solaris, Damansara di sini berkata, hatinya terpaut kepada Ana kerana melihat sifat kewanitaan yang menebal dalam diri wanita itu sepanjang hubungan mereka berjalan.

8 comments:

Lin Azlina said...

owh..dia..ingat dah..sebab tengok citer mantera tu

ArELeEz said...

yg jd wife zul handy black dlm mantera tu kan? klu xsilap, dia penah bikin kontroversi sbb b'kemban (bare back) dlm mantera.

Noriz sini... said...

yang cekci tu?

mmg betul tersrlah kewanitaan dia kan...huhu

semoga bahagia :)

Cik Sara said...

tak pernah tengok mantera.. Tapi ana dahlia ni ada berlakon dalam arjuna dulu kan? Ke salah orang? hehee

Mommy Fara said...

Tak kenal...Heheheh. Tp anak Chef Wan tu kenal. Dia pandai buat home-made pesto. I like!

Rozali said...

Assalamualaikum Nur

moga tercapai hajat mereka...

SELAMAT BERPUASA

Wassalam

shafiqabdshukor said...

moga mereka berbahagia..

Qaseh Suchi said...

Ala..yg jd staf Seth Tan dalam Nora Elena tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...