Nak Souvenier best?

Tak Salah Kalau War War kan kebajikan..

Dalam program selama setengah hari itu, kanak-kanak telah diceriakan dengan aktiviti membeli-belah kelengkapan Aidilfitri seperti baju dan kasut.

Dalam pada itu, Projek Lintasan Shah Alam Sdn. Bhd. (PLSASB), pengendali Lebuh Raya Kemuning-Shah Alam (LKSA) baru-baru pula ini pula mengadakan majlis sumbangan Ramadan kepada tujuh buah masjid dan surau terpilih.

Majlis penyerahan sumbangan disampaikan oleh Ir. Rostam Shahrif Tami, Pengurus Besar PLSASB dengan lebih 70 orang menghadiri majlis tersebut yang terdiri daripada penerima sumbangan dan warga kerja PLSASB.

Sebanyak RM1,000 diagihkan kepada setiap masjid dan surau terpilih.

Selain itu, PLSASB turut menyertai program gotong-royong perdana Ayusutra Seksyen 24, Shah Alam baru-baru ini.

“Program ini adalah komitmen PLSASB dalam membentuk satu ikatan muhibah dengan masyarakat yang menyokong operasi LKSA selama ini.

“Kami sentiasa prihatin dan kehadapan untuk membantu masyarakat yang memerlukan”, tambah Rostam.

Seramai hampir 30 orang warga kerja PLSASB yang terdiri daripada bahagian pengurusan dan operasi seperti jurutol, peronda dan penyelia bersama-sama berganding bahu membersihkan kawasan perumahan Ayusutra.

3 comments:

~Nana 귀여운~ said...

mengeratkan lagi silatulrahim sesama manusia..buat kebajikan itu amalan mulia..nak-2 bulan puasa yang mulia ni....


selamat hari raya ye :)

insan_marhaen said...

IM juga sempat uruskan satu kumpulan dari majikan IM ke memberi sumbangan sempena Ramadhan ke beberapa lokasi rumah anak yatim di Balik Pulau.

Tumpang bahagia...

nahmy said...

selamat hari raya aidilfitri 1432H. maaf zahir batin dari saya sekeluarga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...