Nak Souvenier best?

BULAN PUASA PUN NAK BUAT JAHAT..

BANYAK PULA KES SAMUN MENYAMUN NI DALAM DUA TIGA HARI NI.. BELUM REDA DENGAN KISAH ADIK BERADIK YANG KRITIKAL TU..DAH ADA KISAH NI PULA ..( TADI KAT BU TV3)..

NI BACA KAT KOSMO LAK.

KUALA TERENGGANU - Akibat tersilap memilih mangsa, seorang lelaki yang meragut seorang wanita di sini bakal berdepan tindakan undang-undang selepas ditangkap mangsanya yang merupakan anggota polis.

Dalam kejadian 5.30 petang semalam, mangsa yang juga seorang lans koperal di Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini sedang menunggang motosikal di Bulatan Sultan Omar apabila tiba-tiba dihimpit seorang penunggang lelaki.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata, lelaki itu kemudian bertindak merentap rantai tangan emas mangsa serta beg tangannya sebelum memecut motosikal untuk melarikan diri.

"Bagaimanapun anggota polis terbabit bertindak mengejar suspek, menyebabkan lelaki itu menjadi kelam kabut dan terbabas di pembahagi jalan berhampiran stesen minyak berdekatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

3 comments:

CIK PARO! said...

teruk betul la peragut tu..
kena ada hukuman yg setimpal...

nur said...

betul tu cik paro..

Lelaki Ini said...

haha..nk ragut silap org...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...