Nak Souvenier best?

Usop Wilcha.

BETUL KATA DIVA TU.. SOKONGG!!


SEJAK masuk Hot FM, agak sepi juga cerita tentang abang Usop Wilcha yang mencipta populariti mendadak sejak keluar dengan cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah.
Setahu Diva, walaupun menjadi kru Hot FM Morning Krew bersama Faizal Ismail dan Fara Fauzana, Usop Wilcha atau nama sebenarnya Syed Mohamad Asri Syed Osman Jamalulail (Shy8) sebenarnya mempunyai jawatan tetap sebagai Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Tanjung Offshore Berhad. Hebatlah Usop, pengurus kanan tu bukan calang-calang jawatan tau.
Tapi yang mengejutkan Diva, khabar angin mengatakan Usop sudah meletakkan jawatan itu.
Bagi Diva, abang Usop boleh terus jadi selebriti tanpa meninggalkan kerja tetapnya, sayanglah. Tapi itu kata Diva, kata Usop, tetap kata Usop. Baik Diva jangan kata apa-apa nanti Usop Wilcha istiharkan nak 'bakor' surat khabar Diva pula nanti.
Sebenarnya, Diva ada benda nak kongsi, yelah pasal impak terjun tiruk yang dilakukan oleh Usop Wilcha di Hot FM.
Ada juga terdengar bisik-bisik yang tak berapa seronok apabila ada yang menyatakan bahawa impak Usop di radio tidak mampu menggelegak macam impak yang diciptanya dalam filem. Pendek kata, kurang terasa bahangnya.
Betul ke? Baiklah esok juga Diva bangun pagi-pagi nak siasat dan dengar Hot FM.
Diva: Senyum dalam hati bila tengok gelagat seorang artis yang sudah jilat ludah sendiri. Dulu bukan main lagi dia haramkan dirinya untuk adakan temu janji dengan sebuah organisasi media, sekarang bersepah pula buat fotografi dan temu bual eksklusif.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...