Nak Souvenier best?

ASYRAF HAZIQ: UK.

NAMA ASYRAF NI MAKIN GLAMER SEMENJAK DUA NI KAN.. TAPI KISAH LAIN LAIN..
MSTAR;
KUALA LUMPUR: Ibu kepada pelajar Malaysia, Muhammad Asyraf Rossli yang cedera dalam rusuhan di London baru-baru ini mahu segera ke ibu kota United Kingdom itu untuk melihat sendiri keadaan anaknya.

Maznah Abu Mansoor yang terkejut dengan kejadian yang menimpa anaknya bagaimanapun bersyukur kerana Muhammad Asyraf selamat.

“Saya memang terkejut mula-mula dapat panggilan daripada pihak Mara, Isninlepas memaklumkan anak saya cedera.

“Pada mulanya saya ingatkan dia kena pukul dengan samseng tetapi selepas itu pihak Mara beri nombor Kelab Umno di London minta saya hubungi. Selepas saya hubungi barulah mereka maklumkan anak saya cedera dipukul dalam satu rusuhan.

"Saya betul-betul bimbangkan keadaan anak saya ketika itu,” katanya dalam nada sebak kepada pemberita selepas menerima sumbangan daripada Umno di Menara Dato’ Onn di sini, Khamis.

Muhammad Asyraf, 20, pelajar tahun pertama pengajian perakaunan tajaan Mara di Kolej Kaplan, mengalami patah gigi dan cedera di rahang apabila diserang dan disamun sekumpulan lelaki yang dalam rusuhan Isnin lepas di London.

Rusuhan bermula di London beberapa hari lalu selepas seorang lelaki ditembak mati oleh polis di Tottenham, utara London dan merebak ke banyak bandar termasuk Birmingham, Liverpool, Bristol dan Manchester.

4 comments:

SoLy SoLicious said...

ade dgr pasai die...semoga die baik2 aje.. makin gerun dgn keadaan disana..huhuu

Cikli said...

yang paling popular asyraf sprm.

shaliza khairi said...

hikmah dia kena pukul--> jadi popular. hee~

Raden said...

terpakse la sy tolak tawaran blaja ke uk bln 9 nie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...