Nak Souvenier best?

Bonus Kakitangan Awam Sempena Raya 2011. Sah..

BONUS UNTUK KAKITANGAN AWAM SEMPENA RAYA 2011.
dari bhonline.

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," katanya.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - BERNAMA

BOLEHLE MENUMPANG YE..

13 comments:

Uji Hussein said...

Baru je terbaca di BERNAMA.Alhamdulillah... walau pun cukup untuk beli kuih raya je.

Sharinginfoz said...

baguslah

Ya ALiya said...

alhamdulillah.....rezeki...syukur sesangat......:-)

[leily.laily] said...

Alhamdulillah.. syukur.. =)

Unknown said...

alhamdulillah,syukurlah ada jugak..*_*

Cikli said...

p/s untuk yang tarawih penuh sahaja. hehe

insan marhaen said...

Ini pertanda piliharaya makin dekat.

ira said...

dapat dgr je lah tapi tak dpt merasa sbb student lagi.. hoho

faraherda.razalan said...

Alhamdulillah! Syukur sbb pesara pun dpt menikmati bonus dari kerajaan tu.

=D

whitecappuccino said...

alhamdulillah..boleh la tambah2..

JunAina said...

saya jugak tersenyum walaupun hanya suami yg dapat bonus...hehheheee...

Unknown said...

salam, syukur...Alhamdulillah.

terokai seni said...

raya sakan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...