Nak Souvenier best?

“Hmm... orang lama tahulah...

WAH.. BILA BACA NI TERBAYANG KEHARUMAN REMPAH SEMERBAK..

_KOSMO_


“Hmm... orang lama tahulah, orang baru memang tak tahu. Di sini bukan sekadar rempah untuk memasak tapi banyak digunakan untuk tujuan kesihatan dan kecantikan,” katanya sambil memberitahu kedainya menjadi tumpuan golongan bidan untuk membeli bahan-bahan rempah tertentu.
Muthu sempat menjelaskan, cabai sirih dan cuci atap biasanya dibuat jamu. Sementara air daripada daun cina maki baik untuk membersihkan lemak di dalam tubuh badan.
Sementara beras bali yang dijual RM3.40 sekilogram adalah alternatif bagi mengelak sembelit, kolesterol dan diabetes. Tambah Muthu, kebanyakan pelanggan adalah terdiri daripada kaum Melayu yang rata-ratanya orang Johor, Kelantan dan Melaka.
Sebenarnya, selain Syarikat M.R.S Kasia Pillai, terdapat beberapa buah kedai menjual rempah di lorong yang sama. Bagaimanapun, premis itu menjadi pilihan pelanggan kerana keaslian dan standard produknya.
Ibu beriani
Daripada ratusan rempah-ratus yang dijual, Muthu tidak menafikan bahawa ibu beriani adalah bahan yang paling mendapat sambutan.
Selain berkualiti tinggi, adunan ibu beriani dari Syarikat M.R.S Kasia Pillai katanya, mampu membuatkan nasi ber iani yang dihasilkan lebih enak.
Apa rahsianya? “Kami menggunakan lebih 50 jenis rempah dan salah satunya ialah buah pala yang berharga RM120 sekilogram iaitu bahan yang sangat penting untuk jadikan ibu beriani kami lain daripada yang lain.”

5 comments:

Cikli said...

'Tambah Muthu, kebanyakan pelanggan adalah terdiri daripada kaum Melayu yang rata-ratanya orang Johor, Kelantan dan Melaka.'

TS said...

rase nak mkn beriani plak buka ni..haha

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

kelakor plak nama rempah2 tuh. he3..

L said...

anda seorang yg pemarah?
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/jangan-marah.html

faraherda.razalan said...

Sy mengalami semeblit masa bulan pose nie. Beras bali ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...