Nak Souvenier best?

Kalau nak Bermadu..

INI BUKAN RESEPI CORNFLAKE MADU...


RUSNAH ditenangkan anggota polis ketika mengamuk kerana gambarnya dirakam oleh jurugambar di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU - Seorang wanita yang merupakan isteri nombor dua dijatuhi hukuman denda sebanyak RM1,000 di Mahkamah Majistret di sini semalam atas kesalahan menceroboh dan merosakkan harta benda di rumah madunya dalam kejadian pada Jumaat lalu.

Tertuduh, Rusnah Awang, 31, dari Kampung Pekan Sari, Tembila, Besut dekat sini hanya menundukkan kepala selepas mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof.

Mengikut kertas pertuduhan, dia yang bekerja sebagai tukang sapu didakwa menceroboh masuk ke rumah Azizah Awang, 40, yang beralamat di No. 1296C, Jalan Kenanga, Batu Buruk di sini pada pukul 10.15 pagi pada 12 Ogos lalu.

Kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara tidak sampai tiga tahun atau denda sebanyak RM5,000.

8 comments:

- abdul hadi abdul muti - said...

sempat tengok dia maki-maki dalam berita tv9 semalam.haha

Unknown said...

la...
macam tu pun ada...
kesian madunya...
tu la risiko bila hidup bermadu ni..

Anonymous said...

madu tu best ape? hahha


terima je la kalau bermadu... dapat payung mas^^

Atsuko said...

hoho..
malunye...
tapi takpe...
femes...
>.<

♥ Nana BamBam ♥ said...

kalau ye pon x suka jangan la jadi orang tak ada otak, sampai nak menceroboh atau merosakkan harta benda....fikir la...x malu ke? haiyaaaaa..

faizalnizam said...

yang peliknya madu madu Salley Yaakob tu elok je. hmmm..

tp menceroboh dan merosakkan harta benda totally not a wise action.

insan marhaen said...

IM tetap pada yang satu ini..

Ce'gu JAERA said...

itu lah risikonya.. suami perlu adil dalam mengendalikan isteri2.. jangan smpai serang menyerang macam berita di atas ni.. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...