Nak Souvenier best?

Kerja Kat Luar Negara Lagi Untung Maa...

SEBABNYA KAT LUAR SANA GAJI LEBIH BESAU.. BETOL TAK?..


KUALA LUMPUR – Industri minyak dan gas negara kini berhadapan dengan masalah apabila ramai tenaga kerja profesional dan berpengalaman yang berkhidmat dengan beberapa syarikat tempatan kini berhijrah ke Arab Saudi.
Menurut Naib Presiden Pengurusan Sumber Manusia Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Juniwati Rahmat Hussin, walaupun masalah tersebut tidak serius namun usaha perlu dilakukan segera bagi memastikan industri minyak dan gas negara terus berkembang dengan pesat.
“Kita kehilangan ramai pekerja yang berpengalaman menyebabkan program-program latihan merupakan proses yang berterusan bagi memastikan pekerja baharu dilengkapi dengan ilmu pengetahuan serta pengalaman yang diperlukan.
“Sasaran kami ketika ini ialah melatih pekerja berdasarkan kepakaran masing-masing dan kami tidak mahu mengambil jalan mudah mengambil pekerja daripada syarikat lain sebaliknya bekerjasama dengan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan syarikat minyak dan gas untuk menghasilkan tenaga kerja mahir di sini semalam.
Syarikat terbabit ialah Baker Huges, Kencana Petroleum Berhad, SapuraCrest Petroleum dan Technip Geoproduction yang memberi peluang kepada 1,200 pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) menjalani latihan amali di organisasi itu selama lapan bulan.

2 comments:

BTS said...

gaji sana besau ,,betul betul...depa dok kata.. gaji sini berpatutan..harga berpatutan... sedar2 ramai dah blah pergi cari rezeki kat luar...oh.

aeinio said...

nak kata apa kannn....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...