Nak Souvenier best?

KUALA LUMPUR - Tiga imam dari Surau Jumaat Institut Jantung Negara (IJN) akan turut menjalankan tanggungjawab sebagai kaunselor di Unit Kaunseling hospital berkenaan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Dr. Mohd Azhari Yakub berkata, imam berkenaan itu akan memberi khidmat kaunseling kepada pesakit dan keluarga pesakit dalam memberi semangat dan nasihat dalam menjalani rawatan.

"Harapan saya, dengan cara ini, mereka akan lebih tabah dalam menghadapi kemungkinan dan kerumitan terutama sekali dari aspek penjagaan pesakit,” katanya kepada pemberita selepas merasmian Surau Jumaat IJN di sini, hari ini.

"Pihak IJN berharap melalui khidmat kaunseling, persediaan awal dapat dibuat oleh pesakti dan keluarga mereka. Kita mahu memberi tumpuan keseluruhan kepada pesakit dan keluarga mereka,” katanya.

Beliau berkata, IJN merupakan institusi perubatan yang terawal menggunakan khidmat imam sebagai kaunselor bagi membantu pesakit dan keluarga mereka.

Terdahulu, Mohd Azahari merasmikan Surau Jumaat IJN yang telah diberi kebenaran oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menunaikan solat Jumaat berkuatkuasa hari ini. Turut hadir Ketua Penyelaras JAWI bagi Zon Tiga Mohd Abd Nasir Abdullah. - Bernama

MINAT JUGE NAK JADI KAUNSELOR..TAPI TAKDE SKILL LA.. CAMNE TU?

4 comments:

CIK PARO! said...

semoga ia berhasil..

atuk said...

Assalamualaikum Nur

Alhamdulillah
bagus cadangan tu...

mana2 pesakit yg tak pernah di tazkirah...tak boleh lari...kena dengar..

SELAMAT BERPUASA

Wassalam

Puan Kutu said...

pegi belajar psikologi dulu la.hehe..

terokai seni said...

majlis agama jugak kena buat brosur kaedah solat bagi orang sakit untuk diedarkan kepada pesakit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...