Nak Souvenier best?

Tanah Runtuh Cameron Highlands..

BERIKUT YG BACA KAT BHONLINE MENGENAI TANAH RUNTUH DI CAMERON HIGHLANDS..

Tiga lagi mangsa dikhuatiri tertimbus terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita.

Pasukan bomba menemui mayat mangsa pada kira-kira 6.15 petang manakala dua yang cedera parah berjaya dikeluarkan kira-kira 20 minit kemudian.

Mayat wanita dan dua yang cedera itu dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata di sini.

Mangsa ketiga yang cedera, Ali dijumpai oleh pasukan penyelamat pada kira-kira 11.25 malam tadi dan dimasukkan ke hospital sama.
Dua lagi mangsa yang terkorban dijumpai pada kira-kira 12.25 tengah malam dan 12.35 tengah malam tadi.

Wan Mohd Zahari berkata tiga rumah terbabit dalam kejadian itu.

Lebih 100 anggota polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam dengan bantuan penduduk menjalankan usaha mencari sehingga tengah malam tadi.

Perkampungan berkenaan terletak kira-kira 2 kilometer dari Jalan Brinchang ke Tanah Rata dan pasukan penyelamat terpaksa berjalan kaki masuk ke kawasan kejadian. - BERNAMA

3 comments:

Cikli said...

semoga mereka bersabar dengan ujian Allah

SoLy SoLicious said...

dugaan di bulan ramadhan~

L said...

jom befikr sejenak http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/jom-berfikir.html =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...