Nak Souvenier best?

Nak pilih ALAT penggera rumah..

~Nak pilih sistem penggera yang cemane ek? kat rumah kawan-kawan guna yang mana? ok tak?..


kosmo:Adakah cukup sekadar mengunci pintu pagar dan meninggalkan pesan kepada jiran tetangga untuk melihat-lihat pekarangan rumah sepanjang ketiadaan anda?
Di pasaran pula, terdapat pelbagai jenis sistem keselamatan rumah yang terdiri daripada siren, sensor dan pengesan berdasarkan tanda yang ditinggalkan penjenayah.
Secara asasnya, terdapat dua jenis sistem keselamatan iaitu sistem penggera berpantau dan sistem yang berdiri sendiri tanpa seliaan.
Pemantauan 24 jam
Menurut Pengurus Besar Rantau Asia Tenggara, Tyco Fire, Security and Services, Salim Mohammad, sistem keselamatan oleh ADT Security merupakan sistem yang terhubung dan dipantau 24 jam.
Pemantauan yang dilakukan dari pusat pemantau di Southgate, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur itu akan memastikan sebarang situasi kecemasan seperti pecah rumah, kebakaran mahupun perubatan diberi perhatian serta diambil tindakan sewajarnya.
Lazimnya, sistem yang tidak berpantau hanya mengeluarkan bunyi siren yang panjang sebagai amaran kepada orang sekeliling selain bertujuan untuk menakut-nakutkan penjenayah yang dalam cubaan memecah masuk.

9 comments:

Everything's Everythings said...

Bagus juga ambil langkah berjaga-jaga ni..

Anum said...

bagus nie..

fandyz said...

kawan memang nak pasang alarm kat rumah.. tak pun letak anjing pun boleh.. boleh ke?

Anonymous said...

tq share & tks for yr support too ye!

makchaq said...

Rumah makchaq pagaq pun tak dak, alat penggera pun tak dak...

tapi nak tiduq memang kunci pintu dan grill, ada la 2 - 3 kali saja terlupa..

Husna said...

saya pakai Paradox alarm system
boleh cek entry saya kat sini

http://husnamn.blogspot.com/2012/07/hidup-tenang-dengan-paradox-alarm.html

Unknown said...

rumah saya tak guna..tapi kawan ada suggest guna home alarm system dari amway..ada remote control dan wireless..senang nak kawal..

MalizaMah said...

ada pro contra juga pakai penggera ni.
kadang2 boleh menyebabkan org tahu u all tak di rumah bila penggera tu berbunyi non-stop.

Unknown said...

pasang cctv lagi baik rasanya...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...