Nak Souvenier best?

Banjir di Kedah.

Banjir di Kedah.

~Nur harap sesiapa yang terlibat tu dapat bersabar dengan ujianNya..


ALOR SETAR — Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Pendang petang ini meningkat kepada 206 orang berbanding 182 orang sebelum ini.
Ketua Operasi Jabatan Pertahanan Awam Pendang, Mohd. Izudin Inusneah berkata, mereka yang dipindahkan sehingga pukul 4 petang ini membabitkan 57 keluarga dari 10 kampung.
"Semua mangsa dipindahkan ke Pusat Rakan Sukan, Tanah Merah dekat sini, dan mereka adalah penduduk di Kampung Bonggol Kambing, Hampar Kanan, Pondok Hampar, Bonggol Besi, Sukamari, Alor Punti, Pondok Haji Husin, Tanjung Radin, Tanah Merah Dalam dan Lubuk Gajah,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, walaupun cuaca semakin baik, air di kawasan tinggi turun ke kawasan rendah menyebabkan kampung yang berada di kawasan rendah dinaiki air.
"Paras air Sungai Pendang telah menunjukkan penurunan iaitu daripada tiga meter kepada 2.85 meter tetapi masih melepasi paras amaran,” katanya. — BERNAMA

3 comments:

Shaiful Zaidi said...

moga banjir cepat surut..

Anonymous said...

bertabahlah !

Izwa Kamaruddin said...

bersabarlah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...