Nak Souvenier best?

Jom buang sampah merata rata?

~Pernah ke kawan-kawan buang sampah melalui tingkap kenderaan?..
atau pernah melihat situasi sebegitu? isk.. sungguh tak berdisiplin kan.. 
Haritu ada kempen supaya tak buang sampah merata-rata.. Kalau kat Singapore ke Jepun ke.. takyah der kempen2 macam ni kan..


Sambil berjalan, mereka membawa sepanduk bertulis Hi-Five Me, Don’t be a litterbug. Setiap orang yang lalu-lalang pasti ditegur dengan memberikan tepukan hi-five tanpa malu sebagai tanda terima kasih kerana tidak membuang sampah merata-rata.
Mereka turut membawa beg plastik hitam besar supaya orang ramai yang berada di kawasan-kawasan tumpuan tetapi kurang tong sampah dapat membuang sampah ke dalam beg plastik itu.
Pada masa yang sama, mereka yang sepakat berpakaian warna hijau kekuningan itu juga membawa plastik kecil untuk diberikan kepada orang ramai sebagai bekas untuk membuang sampah.
Walaupun berpanas dan kadangkala tidak mendapat kerjasama pemilik premis kerana tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti berkumpulan, mereka tetap meneruskan kempen tersebut.
Kempen yang pertama kali diadakan itu bertemakan Hi-5 Mother Earth, Bye-Bye Litterbugs dan merupakan anjuran hasil kerjasama MPF dan MPMA. Ia bertujuan untuk mendidik masyarakat supaya tidak membuang sampah merata-rata dalam persekitaran.

7 comments:

Anum said...

ermmmmmmmmm

Kakzakie Purvit said...

Tidak mudah mendidik masyarakat kita Nur. Bagus mereka yg berusaha ini kan..

MalizaMah said...

Meludah pun pernah...

Izwa Kamaruddin said...

sgt benci org buat mcm ni lagi lagi yg meludah keluar..haisshh rasa nak pegi langgar je kereta tuh..

Unknown said...

sebab itulah dari kecil lagi anak2 harus di ajar supaya tidak membuang sampah merata-rata.

MalizaMah said...

ehhh leeza maksudkan bukan leeza. pernah nm[ak org meludah.. nasib tak kena kereta kita.

Everything's Everythings said...

Betul tu, aku yakin Jepun dan Singapore satu hari dulu memulakan dgn slow2 smpailah mereka menjadi negara yg sgt bersih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...