Nak Souvenier best?

Selangor vs Kelantan.

Selangor vs Kelantan.

MANA SATU PILIHAN. (happy semalam ATM menang).


Malam ini, Stadium Shah Alam bakal menjadi saksi kebangkitan Gergasi Merah, sekali gus memadam defisit satu gol yang dimiliki Kelantan dalam aksi separuh akhir pertama di Kota Bharu minggu lalu.

Sentuhan ‘magis’ yang dimiliki pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim juga benar-benar ditagih penyokong setia Merah Kuning bagi menamatkan penantian selama tujuh musim selepas kali terakhir mengucup trofi Piala Malaysia pada 2005.

‘Sentimen’ pentas final edisi kali ini yang bakal berlangsung di Stadium Shah Alam juga pastinya menyuntik moral pemain Selangor supaya berjuang bermati-matian malam ini.

Biarpun mahu perlawanan malam ini sebaik-baiknya tidak diheret ke masa tambahan mahupun penentuan sepakan penalti, Irfan Bakti kekal optimis peluang anak-anak buahnya menjejak pentas final masih bersisa.

“Masih ada 90 minit dan kami tekad untuk mengatasi kelebihan Kelantan.

“Jaringan (Kelantan) itu masih belum selamat dan saya berharap persembahan pemain akan bertambah baik dan matang, terutama ketika beraksi di laman sendiri (malam ini).

“Matlamat kami adalah untuk mara ke final pada musim ini dan ‘Misi 33’ masih berada di landasan tepat,” tegas Irfan Bakti.

Malam ini, sentuhan pemain berbisa Selangor seperti Amri Yahyah, Safiq Rahim, Bosko Balaban dan Rozaimi Abdul Rahman pastinya ditagih Irfan Bakti biarpun kehilangan tonggak pertahanan, Mohd. Nasriq Baharom yang dilayangkan kad merah dalam separuh akhir pertama sebelum ini.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd. Amin juga menyeru penyokong supaya membanjiri Stadium Shah Alam malam ini.

“Perlawanan berdepan Kelantan ibarat perlawanan akhir, jadi kehadiran penyokong Selangor di Stadium Shah Alam pastinya menyuntik moral pemain kami,” jelasnya.- kosmo- BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

3 comments:

Sharinginfoz said...

macam final le pula, quite seimbang...

MalizaMah said...

ATM vs KELANTAN....
emmmmm

Sya_Merpati Putih 88 said...

walaupun tak sempat tgok perlawanan tue, tapi sy tetap sokong kelantan..ehehhehe..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...