~Sangat kagum dengan semua golongan PENDIDIK.. dari tadika hingga peringkat tertinggi.
KUALA LUMPUR 28 April (Bernama) — Kementerian Pengajian Tinggi menyarankan semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini menetapkan kelulusan doktor falsafah (PhD) sebagai kelayakan asas untuk pensyarah.
Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ini bagi mencapai sasaran 75 peratus pensyarah berkelulusan PhD mengajar di universiti penyelidikan dan 40 peratus di universiti lain.
"Peningkatan jumlah tenaga pengajar berkualiti merupakan salah satu elemen dalam usaha memperkasakan institusi pengajian tinggi (IPT), oleh itu kementerian akan terus membantu IPT untuk menyediakan ahli akademiknya bagi meningkatkan kelayakan ke peringkat PhD,” katanya ketika menjawab soalan Dr Syed Husin Ali pada persidangan Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata, kementerian juga menggalakkan IPT menarik tenaga pengajar yang berkelayakan dan berkemahiran khusus sama ada dari luar negara atau tempatan. — Bernama
6 comments:
wahh!!macam tuh ka??cm besh je!
bagus²!:)
kerajaan galakkan
Harap harap bukan PHD beli sudahlah...
Handphone untuk orang buta
bagus camni..paling kurang pun kena ada phD..
PHD yg diiktiraf...
Post a Comment