Nak Souvenier best?

Shahir, Zain Saidin dan Rozita Che Wan: Kaitannya.

~Bila la jelitawan ni nak kahwin ye?

KUALA LUMPUR:Penyanyi Shahir berharap pelakon kacak Zain Saidin tidak menyimpan perasaan cemburu apabila aktres Rozita Che Wan dikaitkan dengan orang lain termasuk dirinya.
Jelasnya, Zain juga seorang artis yang mana sepatutnya lebih memahami perjalanan industri hiburan apabila seseorang itu berhadapan dengan gosip percintaan.
“Kalau mereka (Rozita dan Zain) benar-benar mempunyai hubungan istimewa, Zain tidak perlu cemburu tentang berita-berita yang mengaitkan saya dan Rozita.
“Sebab saya percaya bahawa dia faham dengan lumrah sebagai artis sebab dia juga seorang artis. Tidak semestinya semua yang digosipkan adalah benar,” katanya ketika sesi fotografi filem Karak, di Red Box PLUS Pavillion di sini, Khamis.
Shahir diminta mengulas apabila timbul gosip dia dikaitkan dengan aktres jelita tersebut.
Dalam masa yang sama dalam mStar Online baru-baru ini Zain turut membuat kenyataan seolah-olah dia dan Rozita mempunyai hubungan istimewa apabila tidak mengiya atau menafikan hubungan tersebut.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...