Nak Souvenier best?

SuperJunior M di Malaysia 27 Mei. Percuma?

~Nak g ke tak nak g ke?

PUTRAJAYA – Kumpulan muzik terkenal, Super Junior M dari Korea yang menjadi kegilaan anak muda ketika ini termasuk di Malaysia akan mengadakan konsert percuma sempena Himpunan Sejuta Belia di sini pada 28 Mei depan.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, langkah yang dilihat menepati aspirasi orang muda itu diharap mampu memastikan sasaran bagi menghimpun sejuta belia pada hari tersebut tercapai.
Hari Belia Negara (HBN) 2011 akan diadakan selama tiga hari bermula 27 Mei depan.
“Hari Belia Negara adalah hari untuk golongan belia dan mereka yang berjiwa muda, justeru semua pihak terutamanya belia harus memainkan peranan masing-masing bagi memastikan sasaran Himpunan Sejuta Belia pada hari tersebut tercapai,’’ katanya.
Beliau menyatakan demikian dalam ucapan melancarkan tiga segmen sempena sambutan tersebut iaitu segmen Modal Insan, World Youth Fantasy dan Clash of the Band di sini semalam.

2 comments:

TS said...

aah...konsert free kot..
smlm kuar kat berita..sure penuh putrajaya ni...
ieyla nk join jd vlunteer ari tu xdpt sbb xzam..huhu

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

sesak abes la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...