Nak Souvenier best?

Income Tax.

PENGUMUMAN

e-Filing 2011 : TARIKH AKHIR pengemukaan borang dan bayaran baki cukai kena dibayar bagi
punca pendapatan bukan perniagaan ialah pada 30/04/2011
 .


Informasi dari: www.hasil.gov.my.



e-Filing LHDN 
Mudah,Tepat,Selamat
Aplilkasi E-Filing LHDNM adalah kaedah penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan elektronik melalui Internet yang disediakan secara PERCUMA. Aplikasi ini telah diperkenalkan di dalam Tahun 2003 untuk pembayar cukai Korporat dan seterusnya kepada pembayar cukai individu di dalam tahun 2004.
Borang Nyata Cukai Pendapatan yang dihantar melalui aplikasi e-Filing akan dilindungi oleh teknologi PKI (Public Key Infrastructure) yang mempunyai sepasang kekunci rahsia yang sukar untuk dicerobohi atau dipecahkan.
Pengguna e-Filing boleh log-in dan menggunakan aplikasi ini dari mana saja setiap hari. Kemudahan ini akan membantu pembayar cukai mengisi, mengira dan menghantar Borang Nyata dengan Mudah, Tepat dan Selamat. Pemprosesan bayaran balik adalah lebih cepat sekiranya Borang Nyata di hantar secara e-Filing. Sebarang pertanyaan semasa menggunakan aplikasi e-Filing boleh dikemukakan melalui telefon ke talian bebas toll :1-300-88-3010.

Keperluan Asas yang perlu ada untuk menggunakan aplikasi e-Filing LHDNM adalah:
• Nombor Rujukan Cukai Pendapatan
• NOMBOR PIN
• Pentium III dan ke atas
• Komputer dan talian Internet
• Microsoft Windows 2000 (Service Pack terkini),
• Microsoft Windows XP (Service Pack terkini)
• Perisian Internet Explorer 5.0 dan ke atas

Sekiranya Borang Nyata Cukai Pendapatan B/BE 2009 masih tidak diterima selepas 15.3.2010, sila hubungi cawangan LHDNM yang berdekatan untuk menyemak dan mendapatkan Nombor PIN atau hubungi kami di talian bebas tol 1-300-88-3010 untuk bantuan.

Pembayar cukai baru (yang layak dikenakan cukai pendapatan) perlu mendaftar nombor rujukan cukai pendapatan untuk memperolehi NOMBOR PIN. Pedaftaran rujukan Cukai Pendapatan boleh dibuat di cawangan LHDNM yang berdekatan. NOMBOR PIN akan dikeluarkan selepas Fail Cukai Pendapatan didaftar.

~Harini last ye?

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...