Wah..tajuk begitu sentap kan?
Bukan maksud apa-apa nak mengupas tajuk ni. Cuma secara am sahaja. Dibantu dari pengalaman masa lampau dan masa kini juga.
Benci. Satu perkataan yang negatif. Kalau dibandingkan dengan tidak menyukai, masih ringan maksudnya. Jika sudah sampai ke tahap benci, itu sudah parah. Mana asalnya datang perasaan benci itu. Mungkin bermula dari tidak menyukai, makin lama sikit-sikit jadi bukit. Maka, akhirnya timbul benci. Yang sudah parah sehingga tidak boleh melihat perkara yang menyebabkan perasaan itu timbul.
Melarikan diri atau menjauhkan diri tidak mungkin menyelesaikannya. Jika pasti tak akan bertemu lagi punca, melarikan diri adalah perkara terbaik. Bagaimana halnya jika perkara yang dibenci itu terpaksa dilalui setiap masa? Setiap saat? Setiap hari? Di sini, menjauhi bukan perkara terbaik.
Oleh itu, sebagai manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir, maka fikirlah. Fikirkanlah apa yang boleh dilakukan bagi menghadapi perkara sebegini. Ubah persepsi kita. Kita diberi pilihan untuk memilih. Pelbagai pilihan terbentang di depan mata. Antara hendak atau tidak sahaja. (Ikutkan hati...)
Mari sama-sama menukar BENCI kepada SAYANG. Kerana perasaan itu BUKAN MILIK KITA. Pinjaman semata, maka.. sedarlah.
~View life in positive ways!
3 comments:
Jejalan sini sambil baca entri. datang dari segmen chegu zubir.. salam perkenalan..
Jom datang blog saya pula... kalau sudi follow ye.. nnti sy follow kamu jugak
http://jomkongsistory.blogspot.com/2011/04/chegu-zubir-promote-blog-saya.html
aa..ta suke.. sebab benda ni da tejadi.. huhu.. sr syg ke benci terus.. waaa... tp mgkin sesetengah je kot org bley ubah benci ke syg,, dan syg terus syg .. ;p
sedar2...
Post a Comment