~Seronok lak baca tentang petua ni.. setuju tak kawan-kawan? Baca lagi kat sini: http://www.zahidahwahid.com/
Aku hendak kongsikan satu rahsia dengan kawan-kawan yang akan/sedangmelanjutkan pelajaran dan yang mendapat bantuan pendidikan dariPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara, PTPTN. (*Matilah kalau orang PTPTN baca ni)
Cuba korang bayangkan, satu semester dapat RM3500. Yuran pengajian dalam RM1800+. Aku ambik contoh pelajar engineering sebab ini berdasarkan pengalaman aku sendiri. Baki yang tinggal RM1700. Kita buat kiraan sikit.
Katakan perbelanjaan satu semester (makan/buku) RM1K (cukup ke?) danRM700 disimpan di ASB. Pelajar engineering ada lapan semester. Kalau setiap semester menyimpan RM700 di ASB, maksudnya RM700x8=RM5600. WOW! Bila habis belajar sudah ada simpanan RM5600. Ini belum tambah lagi dengan faedah dan pendapat tahunan dari ASB.
Jika berlaku sesuatu di luar perancangan kita, contohnya extend. Tak perlulah nak menyusahkan ibu bapa sebab simpanan dari ASB sudah ada. Tidak semua orang bernasib baik akan terus mendapat pekerjaan sebaik sahaja tamat pengajian. Simpanan yang ada bolehlah digunakan pada waktu tersebut. Setuju dengan pendapat aku?
2 comments:
kalau pandai guna wang,ok je!
superb nye perancangan...
Post a Comment