NI BERITA PENUH.mstar.
KUALA LUMPUR: Pasukan Liverpool menewaskan skuad Malaysia 6-3 pada perlawanan persahabatan sempena Jelajah Asia 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu.
Skuad kendalian Datuk K.Rajagobal mempamerkan aksi menarik pada separuh masa pertama dengan mengikat kedudukan 1-1.
Jaringan awal melalui sepakan penalti oleh pemain Liverpool Charlie Adam pada minit ke-25 tidak mematahkan semangat skuad kebangsaan untuk mencari jaringan.
Kapten pasukan Safiq Rahim, berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-42.
Sementara itu, pada babak kedua permainan menyaksikan kedua pasukan melakukan pertukaran pemain sekaligus menjadikan saingan semakin sengit.
David Ngog menambah dua jaringan dalam masa tiga minit (m-66,m-69) memberi kedudukan selesa kepada pasukan bimbingan Kenny Dalglish itu.
Namun itu tidak menghalang kebangkitan Harimau Malaya apabila penyerang berbisa negara, Safee Sali merapatkan kedudukan dengan dua jaringan pada minit ke-78 dan 81.
The Reds terus menambah jaringan melalui Maxi Rodriguez (m-74,m-90), manakala Dirt Kurt turut menjaringkan gol keenam pasukan pada masa tambahan.
Senarai nama skuad utama Malaysia:
Mahalli Jasuli, Mohd Asraruddin Putra, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Safiq Rahim, Amar Rohidan, Ahmad Fakri Shaarani, Abdul Hadi Yahaya, Kunalan a/l Subramaniam, Baddrol Bakhtiar, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Sharbinee Allawee
Senarai nama skuad utama Liverpool:
Brad Jones, Jonathon Flanagan, Raul Meireles, Daniel Agger, Andy Caroll, Joe Cole, Jack Robinson, Jay Spearing, Conor Coady, Jamie Carragher, Charlie Adam
1 comments:
sumpah nyampah aku tgk
liver mainnn..
hahahahaha..
belagakk tu..
tahu ar sorang2
badan besa mcm gajah..
hahahaha
Post a Comment