Nak Souvenier best?

Dr. Mahathir.

NASIHAT BELIAU:
KHAS UNTUK USAHAWAN!!


"Antara kunci utama untuk berjaya dalam bidang perniagaan, pemimpin (bos) sesebuah syarikat perlu kerap keluar dari bilik mereka yang berhawa dingin.
"Mereka perlu selalu keluar meninjau keadaan tempat kerja serta menjamin kualiti produk yang dihasilkan oleh pekerja sentiasa terjaga," katanya ketika berucap pada kongres tersebut di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini.
Hadir sama Pengerusi SME Corporation Malaysia (SMECorp), Datuk Mohamed Al-Amin Abdul Majid dan Ketua Pegawai Eksekutif SACC, Datuk Zulkifli Mohamad.
Dr. Mahathir berkata, sebagai Pengerusi The Loaf, sekali-sekala beliau memilih untuk bersarapan di salah sebuah cawangan kedainya itu bagi meninjau keadaan di situ supaya ia sentiasa dapat menghasilkan produk berkualiti kepada pelanggan.
"Apabila pekerja melihat kehadiran bos mereka di tempat kerja, mereka akan lebih teliti dalam menghasilkan sesuatu produk," katanya.
The Loaf mula dibuka sejak 2006 dan memilih Langkawi sebagai destinasi untuk cawangan pertamanya dan kini ia mempunyai lima cawangan dengan empat daripadanya terletak di Kuala Lumpur.

3 comments:

Nora Shahaira said...

Betul la tu..kita kekadang tak boleh hidup mengarah je tapi tak tau hal di bawah pengurusan kita

Niena Muhammad said...

erm kekadang org ni tau mengarah je tapi bila dibagi keja snggup nk buat

Unknown said...

setuju sangat..x suka bos yg pandai mengarah tp x pandai buat kerja..menciiii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...