KUALA LUMPUR – Tujuh atlet bertaraf Olimpik negara dipilih untuk menjadi duta sukan Maxis dalam usaha untuk memupuk semangat atlet negara meneruskan komitmen mereka bagi mengharumkan nama negara di persada sukan antarabangsa.
Antara atlet yang dipilih untuk menjadi duta sukan Maxis ialah pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei; beregu nombor satu negara, Tan Boon Heong/Koo Kien Keat; pemain skuasy kebangsaan, Azlan Iskandar; pelumba basikal nombor satu dunia, Azizulhasni Awang; serta penerjun negara, Pendelela Rinong dan Leong Mun Yee.
Pengerusi Maxis, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, sebagai dorongan atas usaha atlet, Maxis akan memberi gaji bulanan kepada tujuh atlet terbabit sebanyak RM2 juta selama 18 bulan mengikut kontrak perjanjian antara atlet dan Maxis.
"Bagi meneruskan komitmen, duta sukan Maxis akan menerima gaji bulanan tambahan sekiranya berjaya mengekalkan kedudukan pada ranking dunia.
"Maxis juga akan memberi bonus khas kepada setiap pemenang pingat emas, perak atau gangsa di temasya Sukan Olimpik London pada 2012 nanti,” katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani kontrak menjadi Duta Sukan Maxis di sini hari ini. – Bernama
2 comments:
wah best yer kalau ada yang nak bg duit jadi duta.
bestnye klaw dapat jadi duta macam depa.. ;)
MySuaraBlog: Warranty VS Guarantee
Post a Comment