Nak Souvenier best?

NEGARA DARURAT?

Darurat ialah sesuatu pengisytiharan kerajaan yang lazimnya menggantungkan fungsi-fungsi biasa tertentu dalam kerajaan, mengingatkan rakyat agar mengubah tabiat biasa mereka, atau mengarahkan agensi kerajaan untuk melaksanakan rancangan persediaan darurat. Darurat juga boleh dijadikan rasional untuk menggantung kebebasan sivil. Pengisytiharan sebegini biasanya keluar ketika berlakunya bencana alam,pergolakan sivil, atau menyusuli pengisytiharan perang (maka, dalam negara demokrasi ramai yang memanggilnya undang-undang ketenteraaan, kebanyakannya dengan niat yang tidak bersifat kritikal). Justitium merupakan persamaannya dalam undang-undang Rom.
Di sesetengah negara, darurat dan kesannya terhadap kebebasan sivil dan prosedur kerajaan dikawal oleh perlembagaan atau undang-undang yang mengehadkan kuasa-kuasa yang digunakan ketika darurat atau hak-hak yang digantung. Adalah juga selalunya menyalahi undang-undang untuk mengubah undang-undang darurat atau Perlembagaan ketika darurat.

1 comments:

Mommy Fara said...

Smlm ada pakcik tu dok cite psl 13 Mei. Negara darurat. Tentera terpaksa take over polis. Terpaksa menembak sesiapa saja yg agresif. Seram kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...