Nak Souvenier best?

Kemboja Putih/ Eira Syazira.

~Harini episod akhir ye.

Membawakan watak Kemboja seorang wanita yang meninggal dunia dan rohnya tampil menuntut bela, kata Eira, dirinya juga secara tak langsung telah dibayangi watak tersebut.

"Saya menjadi roh yang mahu menuntut bela atas kematian saya. Jadi setelah membawakan watak ini, ia secara tak langsung ia menghantui saya. Saya agak kerap tertekan dan suka bersendiri. Sebab kita berlakon pun dekat rumah yang agak keras.

"Tapi dari sudut lain, drama ini agak mudah untuk saya jayakan kerana saya tak perlu tukar baju berkali-kali. Saya hanya memakai baju yang sama iaitu putih kerana saya hanya perlu kerap menjelma dalam bentuk roh," katanya sambil ketawa.

Sementara itu bagi pengarahnya, Haris, berkata meskipun Kemboja Putih adalah sebuah drama seram namun ia sarat dengan mesej berguna.

Membayangi jalan cerita drama itu hampir sama dengan filem Thailand, Nang Nak, jelas Haris, Kemboja Putih bagaimana digarap mengikut citarasa serta acuan masyarakat kita. .

"Memang cerita ini sebuah kisah seram tapi kita masih selitkan mesej yang berguna buat tontonan umum. Dalam cerita ini kita tunjuk setiap perbuatan yang jahat itu pasti akan mendapat balasan. Cerita ini diinspirasikan mengikut filem Nang Nak tapi acuannya tidak sama," katanya.

7 comments:

s.y.a.r.q said...

tengok iklan dye mcm menarik :)

ms dyana said...

Adela tgk skali dua..pastu dah x tgk sbb kje huhu~dulu² cite² cmni ade ulang kat tv9..skrg dah xde..so x dpt la follow..

SoLy SoLicious said...

xtgk sngt la citer ni..hee

DIDOT said...

da last ke???..alaa jarang tgk cite nei..kul bape ek???..tv bape??..ermm..

Rozali said...

Assalamualaikum Nur

kalau ada mesej yg berguna
Alhamdulillah

Wassalam

Miecyber said...

Tak tengok TV pun...

Terima Award.Makasih sobat

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

nape banyak ketinggalan citer skang nieh...
adoii...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...