Nak Souvenier best?

EPISOD AKHIR KITAB CINTA.

Akhir akhir ni berminat pula mengikuti cerita drama arahan ERMA FATIMA yang bertajuk KITAB CINTA di SALURAN 114 tv ALHIJRAH.
Mengisahkan yang MUSTIKA mencintai WALI (warga indonesia) sepenuh hatinya. Tetapi ditakdirkan MUSTIKA ditangkap KHALWAT bersama IRFAN sedangkan waktu itu MUSTIKA ke seberang untuk mencari WALI. Lalu akhirnya dihukumi untuk bernikah tetapi ditolak oleh MUSTIKA kerana tidak mencintai IRFAN.
WALI pula membawa diri ke kampung bersama seorang PAK CIK yang membantunya. Di kampung pula WALI berjaya membantu anak PAKCIK tersebut untuk mendalami agama sehingga anak gadis itu pun sedikit tertarik pada WALI. Waktu WALI kembali ke kota, telah terserempak dengan MUSTIKA.. Dan MUSTIKA masih mengharapkan WALI. Sedangkan persediaan perkahwinan sedang dilakukan.Konflik demi konflik terus berlaku antara MUSTIKA dan bapanya ( sweet je saat MUSTIKA membahasakan dirinya sebagai BABY saat berinteraksi dengan ayahnya).
Tiba hari pernikahan yang dirancang antara MUSTIKA dan IRFAN HADI di sebuah masjid.. MUSTIKA dan IRFAN sama sama berpakaian putih. Saat ingin diijabkabul, tiba tiba IRFAN menarik diri.. MUSTIKA mengalirkan air mata dan WALI tidak berkata apa -apa..
Nantikan episod KITAB CINTA 2.( ishk.. Frust betul ending camni.)

-peribadinya suka dengan perwatakan WALI yang cool dalam kisah KITAB CINTA ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...