Nak Souvenier best?

Laluan KTMB STESEN KL YANG TERGENDALA TELAH PULIH.

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Perkhidmatan tren penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang terjejas akibat kren terbalik di Stesen Kuala Lumpur semalam telah kembali pulih seperti biasa sejak pukul 2 petang ini.

Dua laluan telah dibuka untuk operasi melibatkan laluan di platform 1 dan platfrom 2 bagi membolehkan penumpang KTM Komuter dan perkhidmatan tren elektrik (ETS) untuk naik dan turun dari Stesen Kuala Lumpur, menurut kenyataan KTMB di sini hari ini.

Menurut KTMB, kerja-kerja baik pulih telah siap sepenuhnya sembilan jam lebih awal dari jangkaan dan telah memudahkan perjalanan para penggunanya.

"Dengan perkembangan terbaru ini, kesemua perkhidmatan tren KTM Komuter, KTM Intercity, ETS dan kargo telah kembali pulih kepada jadual perjalanan asal dan tiada pemindahan penumpang menggunakan bas dilakukan hari ini," menurut kenyataan itu.

Menurut KTMB, kos kerosakan dan kerugian belum dapat ditaksirkan lagi kerana hanya dapat diperolehi setelah kerja-kerja penilaian dilakukan meliputi pelbagai aspek.

Pada 12.44 pagi semalam sebuah kren seberat 60 tan yang sedang melakukan kerja menanggalkan iklan dan tiang 'unipole' berhampiran platform 4 stesen itu tumbang dan menghempap bumbung dan kabel elektrifikasi platform 4,3 dan 2 yang menyebabkan kesemua platform berkenaan tidak boleh dilalui, kecuali platform 1.- Bernama

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...