Nak Souvenier best?

Susulan Tadika DiTawan....

~dari KOSMO:


KUALA TERENGGANU — Penyelia setiap Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) diarah supaya mengambil langkah keselamatan yang lebih ketat bagi menghalang kejadian yang tidak diingini, seperti insiden lelaki kurang siuman menawan sebuah Tadika di Muar, Johor semalam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, antara langkah yang perlu dibuat ialah setiap Tadika hendaklah menyediakan sistem perhubungan yang cepat dengan polis dan pihak pasukan keselamatan yang lain.
Beliau berkata, setiap Tadika hendaklah mempunyai nombor telefon polis atau pihak berkuasa yang lain supaya senang dihubungi jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
"Guru-guru Tadika pula harus lebih berwaspada dan segera memaklumkan kepada pihak berkuasa jika disyaki tempat mereka diceroboh,” katanya demikian selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan pemimpin Rukun Tetangga dan pemimpin masyarakat seluruh Terengganu di sini hari ini.
Mengulas kejadian 30 murid dan empat guru Tadika ditawan oleh lelaki kurang siuman yang menggunakan parang dan tukul itu, beliau berkata kejadian yang berlaku itu tidak dijangka.

1 comments:

SoLy SoLicious said...

ngeri sungguh bace pasal tadika kena serang dalam paper smlm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...