Nak Souvenier best?

Berapa Kos Haji 2011?

~Semoga impian kita semua untuk menunaikan Fardhu Haji akan tercapai. Amin.

GURUN - Tambang untuk menunaikan fardu haji di Tanah Suci bagi mereka yang pertama kali terpilih untuk mengerjakan ibadat itu pada tahun ini kekal sama seperti tahun lepas iaitu sebanyak RM9,980 seorang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan tidak menaikkan tambangnya walaupun kos sebenar meningkat berikutan kenaikan harga minyak dan pengurusan jemaah di Mekah dan Madinah serta syarat baru yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi.

"Pelbagai perkara dan pertimbangan diambil kira untuk mengekalkan kos ini terutama untuk menjaga kebajikan jemaah yang setia dan lama menunggu giliran yang berumur lebih 75 tahun serta pertimbangan prestasi dan keuntungan TH tahun lepas," katanya di sini semalam.

Jamil Khir berkata, subsidi untuk seorang jemaah tahun ini adalah sebanyak RM4,360 berbanding RM3,060 tahun lepas.

Namun, menurut beliau, bagi jemaah yang menunaikan ibadat haji bagi kali kedua, mereka dikenakan kos sebenar iaitu tanpa subsidi.


7 comments:

Miecyber said...

Persaingan tinggi...

Sudah banjir di timpa saman

Abu Zafran said...

itu tahun ni...tahun depan dan seterusnya..??macam new...huhuhhu

jom baca
Lelaki dengan Egonya..Perempuan dengan Cerewetnya...Apa pula kata Anda???
Ungkapan "terima kasih" ...Adakah sekadar ungkapan sahaja????

DeQWa said...

jenuh nak mengumpul duit....,tpi klu ikhlas insyaallah...akan dipermudahkan & dimurahkan rezeki oleh yg esa...

kay_are said...

dekat 10000 nak g sane ye.. em, memang r kne kumpul duit banyk2 camni..

fa.ismail said...

insyallah...ada rezeki mahu ke sana...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

insyaAllah...
satu hari nanti...

amirah said...

moga dipermudahkan..amin..nak pergi sgt2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...