Sejak proses mengisi borang cukai pendapatan secara e-Filling dibuka pada 1 Mac lalu, saya lihat pembayar cukai mula menghantar borang cukai pendapatan pada kadar segera. Proses ini dilihat semakin memberangsangkan apabila 80 peratus pengguna menggunakan sistem e-Filling berbanding secara manual.
"Kemudahan sistem e-Filling memberikan impak positif pada proses mengisytihar cukai pendapatan. Menerusi kaedah e-Filling mereka berpeluang melaksanakannya di mana-mana saja dalam tempoh 24 jam. Asalkan, mempunyai komputer dan Internet," tutur Lee Keng yang turut menyatakan kini tiada alasan bagi pembayar cukai untuk bersesak-sesak atau beratur panjang di kaunter manual LHDN.
Selain itu, Lee Keng menyeru agar semua pembayar cukai individu yang tidak mempunyai pendapatan sampingan supaya menghantar segera borang cukai pendapatan sebelum 30 April 2011.
"Ia bagi mengelakkan kesesakan talian dan pada masa yang sama memudahkan pihak kami menguruskan pembayaran semula lebihan cukai kepada mereka jika ada. Pembayar cukai yang lewat mengemukakan borang cukai pendapatan sama ada menerusi borang kertas (manual) atau e-Filling, akan dikenakan penalti.-kosmo.
7 comments:
Adoii....lom hantar lagi...
Serangga menu utama masa depan
tengok....lee keng tu pun kata...asalkan ada Komputer ngn internet....tpi utk orang kampung cmne?...lau ada komputer je...lau xde internet cmne?..kan...
lom wat lagi ni
ahhh saya pun blm wat lg....!!!!
tak pernah amek tau lagi hal2 cukai pendapatan ni.. huu tapi astro pun nak ade gak? ish ish
dop wat lagi...
awal2 mac lg siap daa, senang sgt jika dibndgkn manual
Post a Comment