Nak Souvenier best?

Mantera Anjosmoro.

~Layan sinopsis dulu ye kawan-kawan. Pasni layan cerita plak..

Drama ini menampilkan Adi Putra sebagai Zahid dan Eja sebagai Sabrina, isteri kepada watak Zahid. Mereka merupakan pasangan suami isteri yang berjaya dalam karier masing-masing.

Sabrina bertugas sebagai seorang pengurus akaun sebuah syarikat pengiklanan sementara Zahid sendiri ialah seorang agen hartanah yang berjaya. Malangnya, selepas beberapa tahun berkahwin, mereka masih belum dikurniakan anak dan ini menjadikan hubungan mereka semakin dingin, sehinggakan Sabrina tidak sedar bahawa suaminya Zahid sedang hangat menjalinkan hubungan asmara dengan salah seorang rakan sekerja Sabrina sendiri, iaitu Suria (Fouziah Gous).

Bagaimanapun, Sabrina sering mengalami mimpi di mana bayi yang masih dalam kandungannya diambil oleh seorang wanita tua yang tidak dikenali. Sabrina hanya mampu melihat dan menangis apabila anaknya dibawa pergi.


Seperti biasa, Sabrina menceritakan mimpi tersebut kepada sahabat baiknya, Suria. Suria pula bercerita balik kepada Zahid. Zahid percaya bahawa Sabrina terlampau mengikut perasaan dan tidak mahu melayan kerenah Sabrina kerana mahu menumpukan kepada usaha untuk menikahi Suria dalam masa terdekat.

Tetapi, entah bagaimana, pada suatu hari, Sabrina didatangi oleh seorang wanita yang bernama Ramona (Raja Norbaizura). Semenjak pandangan pertama lagi, Sabrina berasa terpukau dengan Ramona, yang kononnya seorang pemilik salun kecantikan. Bagai dipanggil-panggil, Sabrina pergi menjengah ke salun Ramona dan di sana, Ramona telah menilik wajah Sabrina dan memberitahu akan peristiwa-peristiwa besar yang bakal berlaku di dalam hidupnya.


Persoalannya, apakah yang telah ditilik oleh Ramona sehingga ia ditafsirkan sebagai sorotan peristiwa besar yang akan ditempuh Sabrina, dan apakah misteri sebenar di sebalik personaliti memukau Ramona?

2 comments:

Anisa Hang Tuah said...

anjosmoro.
nama salah satu daripada puteri gunung ledang

wida said...

Kenal anjasmara jer..hehe
cite ni makin lama makin seram lah..takuttt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...