Nak Souvenier best?

Tak Ada Telur Tiruan.

~Jadi sebenarnye tak ada la ek telur tiruan itew..

KUANTAN – Ujian awal ke atas sampel telur yang dikatakan tiruan mendapati produk itu mengandungi bahan telur tulen.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata berdasarkan ujian makmal kimia, protein kulit serta putih dan kuning telur terbabit adalah telur sebenar.

"Bagaimanapun untuk memastikan ia betul-betul bukan telur palsu, kita hantar lagi buat ujian DNA dan apabila kita sahkan tulen atau tidak, saya akan umumkan nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Sedunia peringkat kebangsaan, di sini hari ini.

Tiong Lai berkata keputusan ujian DNA itu dijangka diketahui esok.

“Ini melibatkan kepentingan umum, semua orang nak tahu hasil siasatan kita,” katanya.

Beliau juga berkata kementeriannya pernah menerima laporan berhubung perkara sama pada 2007, namun kajian yang dibuat menunjukkan tidak ada telur tiruan di pasaran di negara ini.

Justeru katanya, orang tidak perlu panik berhubung perkara tersebut.- Bernama

18 comments:

Teratak pena said...

moga-moga tak ada le telur tiruan...

puanbee said...

mintak2 tk de..huhu

Miecyber said...

Tangkap pembekal jika sah ianya adalah telor tiruan...


Tips penjagaan gigi

Anonymous said...

hope xda...mohon share ea...i'll link u back...

niesz said...

huhu..skrg ni niesz dah stop mkn telur buat mase ni..takut je termakan telur tiruan tu..

SoLy SoLicious said...

eeii.. yakut dh nak mkn telur..

hana said...

bgs la kalau x de..
xde la cuak nk mkn telur..
=D

oranglidi said...

baguslah kalau bukan telur tiruan....


New Entry: Pizza Hut | Girls Outing

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

kompius2....

Umialya said...

mnta2 bukan telur tiruan

hoyahadis said...

harap - harapnya macam tula..moga malaysia bertindak tegas menyekat pasaran telur palsu masuk kenagara ni..(^^,)

kay_are said...

pulak dah.. macam2.. dah ori lak ye? pelik2

azzey said...

Mesti le risau kan. sbb akan jd darh daging kita..:(

Medical Value Travel India said...

its very cute. thanks too share.....

Medical Value Travel India said...

Great post and thanks for sharing....

Tips and Tricks blog said...

I love that idea. Awesome Post..

Dr. Sriram D K said...

That was a VERY interesting one! Seriously interesting.

Penile Implant said...

Thanks for sharing that. It was fun reading it. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...