~Kagum pada mereka yang mempunyai kreatiiviti serta keekunan menghasilkan barangan kraft sebegini...
“Zakka tidak mendapat publisiti secara meluas di negara kita, ia menyebabkan ramai yang merungut apabila harga barangan zakka ada yang agak mahal.
“Mereka mungkin tidak tahu menilai seni serta kreativiti tangan itu yang walaupun nampak kecil dan biasa tetapi, memerlukan bakat serta konsentrasi yang tinggi” katanya.
Pendapatnya turut dipersetujui oleh Noramalina Zakaria, 18, yang mengakui mereka yang membuat hasil tangan memerlukan komitmen masa kerana ia dibuat sedikit demi sedikit demi memastikan kekemasan dan kualitinya terjaga.
“Saya percaya, mereka yang membuat perhiasan dengan menggunakan sepenuhnya kerja tangan memerlukan kesabaran yang tinggi, walaupun kos yang dikeluarkan tidak banyak. Harga dibayar pembeli itu adalah bagi membayar kreativiti pembuat tersebut,” terangnya panjang lebar.
Trend populariti zakka pada ketika ini mengingatkan kita kepada hasil-hasil buatan tangan zaman orang tua kita yang gemar membuat perhiasan menggunakan barangan terpakai serta yang mudah didapati sekali gus membawa kita mengimbau zaman lampau.
3 comments:
Assalamualaikum Nur
saya pun tak tahu
Wassalam
apekah itu? series x pernah dengar.. emm
first tyme dengar...
Post a Comment