Suatu hari yang damai terlintas di pendengaran tentang kisah atom. Sebenarnya ini adalah sesi motivasi. Ada seorang penceramah ni memberi terjemahan tentang ayat suci. "katanya kalau buat baik sebesar atom maka akan dikira.. Kalau buat jahat pun sebesar atom akan dibalas bom atom".
Begitulah perumpamaan yang dinyatakan. Memang penceramah ni nak mengaitkan dengan zaman kini.
Bagus juga kan saat-saat semangat yang hilang disuntik dengan semangat baru. Kekal positif adalah sesuatu yang mustahil. Tetapi boleh diusahakan. Kata-kata negatif sangat tidak elok. Akan menjejaskan perasaan seseorang. Apabila berdepan dengan situasi hamburan negatif ni, apakah yang akan kawan-kawan lakukan?
Terima sahaja dengan senyuman?
Menyimpan dendam?
Atau hamburan kembali kepada penyerang?
Apa-apa pun.. Marilah kita cuba elakkan elemen negatif dalam diri kita..
Amalkan peribadi yang positif, kerana itulah RAHSIA AWET MUDA yang tidak boleh dibancuh dalam air..
Cuba tengok mereka yang sentiasa happy go lucky, raut muka mereka akan kelihatan muda dan segar dari ladang!!
4 comments:
buat rilex lah jawab je dgn gaya paling sopan hehe
kalau orang buat kita..biar je la Allah yang membalas..kalau kita manusia nie nak membalas2 sampai bila pun tak abis
Puanbee. Paling baik punye respon.. Tapi aduyai.. Susahnye nk wat camtu.
Kayrul- itulakan.. Jadilah seorang yang positif..
Post a Comment