Nak Souvenier best?

Kes Gangguan Seksual di tempat kerja .

KUALA LUMPUR - Sebanyak 300 kes gangguan seksual di tempat kerja dirujuk dan disiasat oleh Jabatan Tenaga Kerja sehingga Jun tahun ini sejak Kod Amalan Gangguan Seksual di tempat kerja dilaksanakan pada 1999.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, berdasarkan data secara puratanya, hanya kira-kira 30 kes gangguan seksual dilaporkan setiap tahun.
"Bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, 23 kes gangguan seksual dilaporkan kepada Kementerian Sumber Manusia dan bilangan kes tahun ini dijangka meningkat,” katanya menjawab soalan Senator Noriah Mahat pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.
Noriah meminta kementerian menyatakan statistik kes-kes gangguan seksual yang dilaporkan dan jumlah syarikat yang telah menerima pakai Kod Amalan Gangguan Seksual itu. - Bernama

6 comments:

amirah said...

moga dijauhkan...

faraherda.razalan said...

Pnh berdepan dgn mslh nie. Tapi bukan sy yg jadi mangsa.....

cik lya said...

syooh syooh...mintak dijauhkannnn

nur said...

@amirah- ye la.. Sentiasa doa kpdNya.

nur said...

MF,
Seharusnys dilaporkan spy tidak terjadi pd yg lain..

nur said...

@ciklya- syuhhhhh syuhh ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...