Nak Souvenier best?

Perkahwinan 7.2juta! Memey & Norman.

PAGI PAGI DAH TERKUJAT BACA PAPER ONLINE.. GRAND BETULLE KAN CELEBRITI DUA ORANG NI NAK KAHWIN. PERKAHWINAN MEMEY & NORMAN BERNILAI 7.2 JUTA? BIAR BETIK?? KASUT PUN DAH 300k . JANGAN RISAU.. SEMUANYA DITAJA OKE..

***
TAPI ALANGKAH BESTNYA KALAU MEMEY & NORMAN TU TOLAK PENAJAAN, SEBALIKNYA SUMBANGKAN PADA MEREKA YANG MEMERLUKAN.. 7.2 JUTA TU BANYAK TU KALAU NAK DIKONGSI..

KUALA LUMPUR: Pasangan Norman Hakim,35, dan Memey Suhaiza, 23, bakal mengadakan sebuah majlis perkahwinan bernilai RM12 juta pada 28 September ini di Hotel Crown Plaza Mutiara di sini yang ditaja sepenuhnya oleh jenama barangan kemas, Rafflesia.

Menurut wakil Rafflesia selaku perancang perkahwinan pasangan itu, Bill Bora, sebanyak enam penaja yang akan bekerjasama dengan Rafflesia iaitu Lords Tailor, Snips, Angsana Spa, Crown Plaza, Naz(pereka pelamin dan dewan) dan Prof. Datuk Jimmy Choo.

"Memey akan memakai sebanyak dua persalinan baju dan antara tajaan yang diterima ialah, set barangan kemas yang bernilai RM5.6 juta, gaun bertatahkan mutiara Rafflesia bernilai RM1 juta dan kasut rekaan Jimmy Choo (RM600 ribu).

"Bagi persalinan gaun, kami memberi peluang kepada semua pereka fesyen tempatan untuk menghantar rekaan masing-masing dan pihak Rafflesia akan memilih yang terbaik di mana rekaan tersebut mestilah berpadanan dengan mutiara yang dipadankan itu," katanya pada sidang akhbar penajaan perkahwinan Norman dan Memey di Hotel Crown Plaza, di sini, Jumaat.

Tambah Bill, tema majlis perkahwinan itu berkonsepkan New York Look dan hanya 200 orang tetamu sahaja di undang iaitu pihak media dan selebriti.

Lebih menarik lagi beberapa selebriti antarabangsa turut dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut dan perkahwinan ini mungkin boleh dianggap sebagai 'Wedding of The Year'.MSTAR

4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kakak kurang minat selibriti ini

Raden said...

kalo bercerai jugak tak tau la nk ckp pe lagi...

ilanilyana said...

pembaziran terlampau ;)

inspirasicyber said...

bertuah badan...dapat sponsor....kalau nak beli sendiri memang tak mampu la....inilah antara kelebihan menjadi artis...benda free kan..amik je la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...