Nak Souvenier best?

SANGGUP HILANG JARI TAK?..

-KOSMO.


MACHANG — Sepasang suami isteri mendakwa bayi mereka yang berumur enam bulan mungkin kehilangan kesemua lima jari tangan kiri akibat kecuaian doktor di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu semasa merawat anak mereka pada Mei lepas.
Ismail Lee Abdullah, 30, dan isterinya Zuhariana Baharom, 30, berkata, anak mereka Nur Ayreen Imanie yang dilahirkan sempurna sudah kehilangan tiga jari selepas mendapat rawatan di hospital itu.
Dua batang jari lagi kemungkinan akan hilang kerana ianya semakin mengecut dan kebiruan, kata Ismail kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.
Beliau berkata, anaknya telah disuntik semasa mendapatkan rawatan di hospital itu kerana mengalami masalah pernafasan ketika berumur dua minggu.
"Pada mulanya tangan kiri anak saya berubah menjadi hitam dan kebiru-biruan dari paras siku hingga ke jari dan apabila doktor menjalankan ujian imbasan mendapati saluran darah tersumbat pada bahagian bekas suntikan.
"Doktor kemudiannya bertindak memberikan ubat pencair darah sebagai tindakan awal. Jari anak saya semakin teruk pada keesokkannya dan mula mengecut, namun doktor hanya kata tunggu dan lihat,” katanya.
Beberapa hari kemudian doktor cuba merawatnya namun tidak berjaya dan memaklumkan sudah tiada harapan untuk menyelamatkan jari itu, katanya.
Ismail berkata, beliau menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang namun hanya akan berbuat demikian selepas menerima laporan lanjut daripada hospital yang dijangka dalam masa terdekat. — Bernama

6 comments:

Lydia Miza said...

siannye...

Unknown said...

pergh.. saman je!!!

atwr #4 on release
http://eleventx.blogspot.com/2011/07/atwr-comic-4-budak-budak.html

amira aihara said...

haishh dr skrg memang cuai,xptut betul..dah byk dgr brita mcm nie...mmg ptut sman...

Acik said...

halamak! kena selidik betul2 ni ... ye ke doc yang cuai? dugaan :(

Liza @ Adzriel AB said...

eiii... sedihnya.. sian baby tu jadi mangsa.

Unknown said...

kalau kecuaian pihak hospital,boleh kena saman ni..*_*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...