Nak Souvenier best?

Beli Telefon Baru!!

~Macam ada sorang artis tu kena kan.. Penah tengok kat TV tidak lama dahulu..

PORT DICKSON - Orang ramai diminta berhati-hati apabila membeli telefon bimbit di tapak-tapak karnival menjual peralatan komputer dan elektronik di seluruh negara berikutan ada peniaga dikesan menjual telefon bimbit tiruan.

Ketua Cawangan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Daerah Port Dickson Yusuf Bakar berkata, perbuatan itu dikesan selepas pasukannya merampas 143 unit telefon bimbit tiruan bernilai RM80,000 dalam satu operasi di Dataran Rembau minggu lepas.

Rampasan yang dibuat itu melibatkan 10 tapak gerai di karnival itu, katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

"Mereka akan menayangkan telefon bimbit yang asli di ruang pameran gerai mereka tetapi selepas pembeli bersetuju dengan harga tawaran, mereka akan membuat keadaan seperti kelam kabut sebelum menukarkan telefon asli itu dengan telefon tiruan yang disimpan di bawah kaunter,” katanya.

Modus operandi para peniaga di tapak karnival ini turut dikesan di Senawang sebelum ini dan beliau percaya peniaga terbabit mempunyai rangkaian di seluruh negara. - Bernama


5 comments:

leeza said...

2la..kdg2 plek jgk knpe fon murah..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

jgn mudah tertipu...

cacing said...

fuh! sangat bahaya ni... kang nak beli blackberry dia bagi blueberry lak.. dah susah kak non...

::Budak Degil:: said...

china mari!!...huhuhu...mmg bahaye!

azzey said...

Bagus info ni. peringatan utksume ni..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...