JOHOR BAHARU – Mayat seorang wanita yang hangus terbakar ditemui di dalam beg pakaian di kawasan belukar berhampiran Pantai Sekakap, dekat Mersing, hari ini.
Ketua Polis Daerah Mersing DSP Mohd Nor Rasid berkata mayat itu ditemui dua anggota tentera yang ingin menangkap ikan di pantai berkenaan pada pukul 10.30 pagi.
"Pemeriksaan mendapati mayat itu 95 peratus terbakar. Mayat itu dikenalpasti sebagai wanita berdasarkan jam tangan, gelang kaki dan rantai leher yang masih ada pada tubuh mangsa,” katanya ketika dihubungi, di sini.
Mohd Nor berkata polis percaya wanita itu dibunuh di tempat lain kurang dari 24 jam lepas sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam beg pakaian dan dibakar di kawasan belukar itu.
Beliau berkata mangsa dipercayai berusia awal 20-an dan berdasarkan bahagian kakinya yang tidak terbakar, wanita itu berkulit cerah.
Tiada dokumen pengenalan diri ditemui dan mayat itu dihantar ke Hospital Mersing untuk bedah siasat, katanya.
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang kehilangan anak perempuan atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Abd Aziz Che Embong di talian 07-7993507 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing di 07-7994222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama
7 comments:
Jenayah semakin menjadi jadi di Malaysia..
Tandas segera
Jenayah ada di mana-mana...menakutkan~
jenayah dah makin menular..
takutnya..sekarang kebanyakan mangsa adalah wanita..ngeri..~
makin lame makin teruk...
makin kejam manusie2 zaman sekarang ni ye.. ape nak jadi ni.. ish ish
Kurang best dan menakutkan....:(
Post a Comment