Nak Souvenier best?

Lagi Tarian Poco-Poco.

~Jadi.. diharamke atau tak tarian ni ye?..

KUALA LUMPUR - Tarian poco-poco tidak sepatutnya diharamkan sekiranya tiada dalil yang jelas dan kukuh mengenai keburukan aktiviti tersebut.

Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, aktiviti tersebut pada asasnya dilakukan untuk tujuan senaman dan menyihatkan tubuh badan serta tidak mempunyai sebarang unsur yang boleh menyimpang daripada ajaran Islam.

"Jika tarian poco-poco dilakukan oleh wanita di kawasan tertutup mengapa kita perlu haramkan? Kalau hendak diikutkan banyak lagi aktiviti lain yang membabitkan wanita di negara ini sebenarnya haram dilakukan mengikut Islam.

"Pada pandangan saya, tarian itu boleh dilakukan dengan syarat ia tidak menyimpang daripada tujuan asal iaitu untuk tujuan bersenam dan kecergasan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mohd. Asri berkata demikian ketika mengulas isu tarian poco-poco yang diharamkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak selepas mesyuaratnya yang ke-186 pada Januari lalu.

Beliau yang kini pensyarah di Bahagian Pengajian Islam dan Hadis, Universiti Sains Malaysia menjelaskan, tindakan mengharamkan aktiviti tersebut juga menimbulkan kekeliruan

6 comments:

ardinihumaira said...

kadang2 dni pk okay jesebab bukan kita nak sembah selain Allah... tapi cer kita pk balik kan... tatu contohnya di bahagian bahu atau etis atau belakang badan... tempat yang tak perlu dikenakan wuduk... walaupun saj2 nak nak lukis macam tatu yang bukan siat kulit tu.. just tatu yang akan tanggal dalam masa seminggu dua.. ianya tetap tak elok, kan... tu meniru perbuatan orang bukan Islam... macam juga dengan poco-poco. ini tarian keagamaan mereka... kalau kita, ada sembelihan Qurban... perarakan Maulidur Rasul... tapi mereka tak tiru kita pun.. kita je nak tiru mereka... jujurnya, perasaan dni kuat mengatakan tak elok kita masih berpoco-poco.. Wallahu'alam...

ardinihumaira said...

may be kita leh usulkan satu tarian baru yang ala-ala poco-poco tu tapi dengan gerakan gaya baru dalam tarian.. InsyaAllah

:)

Along Usop said...

Islam itu mudah.. tapi jangan dipermudahkan.. =)

beaty said...

x tau nak cakap apa..saya semakin keliru

nunui Joe said...

ya sy pn semakin keliru.
Kalau untuk tujuan kesihatan pn salah kah? huhu

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

mcm2 pendapat...
minta semua pandangan la senang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...