KECOH di Internet bila gambar pelakon cantik Siti Saleha sedang bersosial bersama teman-teman bersebaran. Sekali pandang, ia sama seperti gambar anak-anak muda lain yang bersuka ria bersama teman-teman. Tetapi ada juga yang sentap melihat gambar Saleha dengan rakan-rakan mat saleh itu.
Diva percaya lakonan Saleha dalam drama bersiri Nora Elena telah meninggalkan kesan. Sebab itulah peminat siri tersebut tidak boleh menerima gaya Saleha yang sedikit seksi di luar. Peminat mungkin mengharapkan dia seperti lakonannya dalam drama tersebut.
Bagaimanapun, Saleha menjelaskan bahawa foto tersebut merupakan gambar lama. Dalam status di laman Facebook, dia juga sempat berterima kasih kepada peminat kerana memahaminya. Menurutnya lagi, gambar itu diambil dua tahun lalu dan kini dia sudah belajar daripada kesilapan lalu.
Diva bukannya sokong Saleha pakai seksi. Apa yang Diva nampak lakonan Saleha sudah meninggalkan impak. Lagipun, sebelum ini ramai peminat yang suka dia mengenakan tudung.
3 comments:
Secara lahiriahnya semua manusia suka yg baik-baik...walaupun org itu penyamun, penagih atau pembunuh...cuba tengok nama anak dia, ada tak dia letakkan nama Firaun..hehebaik...walaupun org itu penyamun, penagih atau pembunuh...cuba tengok nama anak dia, ada tak dia letakkan nama Firaun..hehe
Samalah dengan kes Tiz Zakiyah dulu dgn Nur Amina...
Manalah lakonan nak sama dgn realiti kehidupan dia....
kisah lama tu..*_*...sekarang mayb dia dh berubah..
Post a Comment