Nak Souvenier best?

Kesihatan yang mengancam nyawa..

~Kalau kawan-kawan nak Makeawish apa ye?..
Macam nak tanam azam jugala kan.. Kena fikir nak tanam azam apa setiap Tahun, pastu kena cek tercapai atau tak.. (Banyak yang asyik forward ke depan aja ni.. isk)

KUALA LUMPUR - Pengerusi Make-A-Wish Datin Syarifah Farah Gumash Syed Hussain hari ini berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, kerana meluangkan masa melawat remaja yang menghidap kanser tulang Nur Jannah di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Petaling Jaya, semalam.

"Ingatan yang menyentuh perasaan dari Perdana Menteri kita dan isterinya menjadikan ia satu kenangan dan pengalaman yang benar-benar luar biasa bagi Nur Jannah dan keluarganya,” kata Pengerusi Make-A-Wish Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Kegembiraan jelas tergambar di wajah Nur Jannah, yang menderita osteosarcoma (sejenis penyakit kanser tulang), apabila Najib dan isterinya bertemu dengan remaja perempuan berumur 15 tahun itu yang terpesona dengan peluang keemasan bertemu Najib, yang menjadi idolanya.

Make-A-Wish Malaysia (www.makeawish.org.my) merupakan sebuah badan kebajikan yang memenuhi impian kanak-kanak yang berada dalam keadaan kesihatan yang mengancam nyawa bagi memperkaya pengalaman manusia dengan harapan, kekuatan dan kegembiraan.

Syarifah Farah berkata pertubuhan itu akan memenuhi “impian kanak-kanak yang berumur antara tiga dan 18 tahun.” Make-A-Wish merupakan pertubuhan terbesar bagi memenuhi impian di dunia.

Ia merayakan tahun ke-30 memenuhi impian pada April, tahun lepas. - Bernama


2 comments:

kay_are said...

bagus pertubuhan ni, leh wat insan2 yang sakit tu lebih semangat kan =)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

pertubuhan yg baek...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...