Nak Souvenier best?

Temu janji dengan doktor menggunakan iPhone..


~Semakin hari semakin canggih..
KUALA LUMPUR - Sime Darby Healthcare, anak syarikat Sime Darby Group, melancarkan aplikasi telefon mudah alih baharu yang membolehkan pengguna mencari dan membuat temu janji dengan doktor menggunakan iPhone mereka.
Aplikasi percuma itu boleh dimuat turun menerusi gedung iTunes, kata kumpulan penjagaan kesihatan itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ia berkata, aplikasi Sime Darby Healthcare iPhone itu dibangunkan oleh Medeguide Holdings Ltd dan menampilkan lebih 180 doktor yang disenaraikan oleh pakar perubatan.
"Aplikasi itu memaparkan maklumat utama mengenai doktor, seperti keadaan mereka merawat dan prosedur yang mereka jalankan, bersama dengan peta Google hospital.
"Pengguna boleh membuat temu janji dengan doktor terpilih dengan menghantar borang dalam talian atau menelefon talian hotline temu janji secara terus daripada aplikasi itu," kata Sime Darby Healthcare.
Kumpulan penjagaan kesihatan itu merupakan hospital pertama di Malaysia menggunakan aplikasi iPhone popular bagi carian doktor.
"Dorongan untuk membangunkan aplikasi iPhone itu adalah berasaskan kepada data yang menunjukkan bahawa mencari doktor merupakan satu daripada alasan utama orang melayari laman web hospital dan lebih ramai orang mengakses laman web mereka menerusi telefon mudah alih," kata syarikat tersebut. - BERNAMA

3 comments:

Tengku Laurel Adamila said...

sy tag akak.
http://laurel-adamila.blogspot.com/2012/08/segmen-jiakreatifelt-blog-aku-cantik-tak.html
jemput join yee.

Sharinginfoz said...

memang advance kan sekarang ni

Everything's Everythings said...

Hak2 semaking pemalas org2 sekarang ni yer xD
esok2 boleh kerja pun dkt rumah je guna tele conference only for meeting kan? haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...