Nak Souvenier best?

Bajet (Belanjawan ) 2013 / Tentera

~Lepas ni semakin mahal le saham anggota tentera.. ye tak?.. Eh, yang RM200 sebulan tu untuk setahun ke untuk selamanya?..

BHONLINE.Kuala Lumpur: Seramai 125,708 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal menerima bayaran insentif khas RM200 sebulan, berkuat kuasa 1 Januari depan.Insentif khas itu membabitkan peruntukan RM301 juta. Bagi menghargai perananpasukansimpananangkatan tentera pula, elaun khidmat bertugas anggota biasa dinaikkan RM2 kepada RM6 sejam, manakala elaun pegawai dinaikkan kepada RM7.80 sejam berbanding kadar elaun lama, RM5.80 sejam. 

Kenaikan elaun bertugasKenaikan elaun bertugas itu membabitkan 65,000 anggota simpanan ATM merangkumi askar Wataniah dan Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut dan Udara di seluruh negara.Sebagai menghargai jasa bekas tentera yang bersara awal kerana berkhidmat kurang 21 tahun, kerajaan akan menyumbangkan RM1,000 kepada 224,000 pesara tentera ini yang mana peruntukan sebanyak RM224 juta akan dikongsi bersama kerajaan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera. 

Skim insurans Kerajaan juga bersetuju memperuntukkan RM12 juta bagi memperkenalkan Skim Perlindungan Insurans Berkelompok kepada anggota tentera dan polis yang sedang berkhidmat.Skim itu akan memberi had perlindungan maksimum sehingga RM15,000 kepada hampir 242,000 anggota tentera dan polis yang sedang berkhidmat.Syarat lantikan bagi skim perkhidmatan ATM pula akan ditambah baik dengan kelayakan masuk bagi jawatan pegawai ditingkatkan kepada Ijazah Sarjana Muda Kepujian.

Kelayakan minimum SPMUntuk pengambilan askar askar pula, kelayakan minimum ditingkatkan kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma berdasarkan skop tugas.Kerajaan turut bersetuju untuk meningkatkan peluang kenaikan pangkat anggota ATM melalui kaedah time-based, anggota prebet ke Lans Koperal dan Lans Koperal ke Koperal dalam tempoh lapan tahun perkhidmatan dengan memenuhi syarat serta prestasi memuaskan.Usaha itu akan memberi faedah kepada 78,123 anggota membabitkan peruntukan sebanyak RM107 juta.x

1 comments:

ZWAN SABRI said...

senyum lebarla abang2 tentera kita.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...