Nak Souvenier best?

Gangnam.. Bukan 6 jahanam.

~lagi lagi gangnam style..


SEOUL - Populariti penyanyi rap dari Korea Selatan, Park Jae-sang atau lebih dikenali sebagai Psy mencatat fenomena baharu di seluruh dunia selepas aksinya menari tarian kuda, Gangnam Style, ditonton lebih 84 juta kali setakat ini di YouTube.
Psy kini dilaporkan lebih popular daripada muzik pop Korea Selatan atau K-Pop, malah, satu tinjauan oleh sebuah agensi pelancongan tempatan mendapati Psy sebagai bintang Korea Selatan yang paling ingin ditemui oleh warga asing.
Menurut agensi pelancongan Cosmojin yang melakukan tinjauan itu, Psy menduduki tempat pertama senarai berkenaan diikuti bintang bola sepak Korea Selatan, Park Ji Sung, Presiden Lee Myung Bak dan bintang luncur ais, Kim Yuna.
Mula mewarnai dunia muzik Korea Selatan dengan album pertamanya, PSY... From the Psycho World!pada 2001, penyanyi berkenaan mengaku muziknya menyimpang daripada K-Pop.
Penyanyi berkenaan lebih gemar menampilkan muzik berunsur sinis dan satira.
Dia pernah dikenakan sejumlah denda setelah album sulungnya didapati mengandungi kandungan yang tidak sesuai manakala album keduanya Ssa 2 diharamkan di negara berkenaan pada 2002.
Sejak dari itu, Psy dikenali sebagai penyanyi kontroversi dengan popularitinya juga tenggelam timbul.

3 comments:

Everything's Everythings said...

hahah kesiannya lepas 2 album tu akhirnya terkenal juga dia dgn gangnam style

aizamia3 said...

percaya atau tak.. baru tadi tengok kat youtube apa itu gangnam.. ;)

Anisa Anuar said...

mcm ada kena-mengena dgn post entry saya ni pulak....

http://anisa-mylife.blogspot.com/2011/08/6-jahanam.html

dah lama dah tulisnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...