Nak Souvenier best?

Kursus Haji Perdana.

Bila nur menonton berita, sejak semalam disiarkan tentang Kursus Perdana Haji yang diadakan di Selangor. Kursus yang diadakan ni memang nampaknya macam betul-betul rehearsal atau raptai bagi bakal jemaah Haji yang akan menunaikan haji nanti. Siap dengan model Kaabahnya, dan peserta yang ramai (khabarnya lebih kurang 4000 orang tu ), memang menaikkan suasana Haji itu sendiri.

Seronok melihat wajah-wajah ceria mereka yang bakal ke sana. Dalam liputan tu juga Tabung Haji menyatakan akan mewujudkan satu talian untuk jemaah haji yang mempunyai persoalan atau keraguan semasa menjalankan ibadah itu nanti.

Bertambah senang dan mudahnya jemaah haji kini ye. Kalau zaman dolu-dolu, moyang kita terpaksa menaiki kapal laut berbulan-bulan lamanya.. Syukurlah..Bila pula turn kita nanti. Doa-doakanlah dapat rezeki menunaikan rukun Islam ke 5 itu nanti. 

10 comments:

Unknown said...

andai ada rezeki lebih, terus je ke sana.. jangan tunggu umur nak tua baru nak pergi.. masa kudrat tgh kuat ni la kena pergi sana

Everything's Everythings said...

bagus ni.. atleast kita dh dapat tahu caranya yg betul sebelum kita merasai keadaanya yg sebenar

Mat Som Sadona said...

Semoga kita semua dipermudahkan untuk menuju ke sana..

Alangkah indahnya jika kita telah menunaikan haji,

tak dapat dibayangkan ....

shinji izac said...

kne plan masa muda ni la...
masa tgh sihat walafiat patut kerjakan haji, betul tak?

atuk said...

Assalamualaikum Nur

pertama kali kita rasa tak yakin boleh...tapi sampai disana...Insyaallah...berjalan lancar

cik chinta said...

dgr2 pon derg yg g haji ni sme hepi2. hrp2 tuhan beri peluang menjejakkn kaki ke sana

Unknown said...

insyaallah kalau ada peluang

Mak Lagenda said...

Memang seronok betui nampak muka bakal2 haji tu kan. Sape yg x mao jd tetamu Allah kan..

Best Business Brands said...

Kursus Asas Haji 2011 anjuran Masjid As-Sobirin dengan kerjasama Tabung Haji Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Penceramah ialah Ustaz Drs Sapawi ...

amirini said...

Assalamualaikum....
Ia merupakan pengalaman yang bermakna untuk saya dan isteri kerana telah terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ini....
Semoga urusan kami dan semua jemaah haji di seluruh dunia dipermudahkan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...