Nak Souvenier best?

Sejuta Impian Ke Seribu Impian?

~Kalau lagu Casey tu tak silapnye Seribu Impian.. Kalau sejuta Impian ni.. Program terbaru tv3.. Macam Nescafe pernah taja tu tak?.. Jadi kepada kawan kawan yang berminat.. Silakanlah...

credit: SINI

“Program ini merupakan satu platform positif yang menawarkan insentif berguna kepada belia Malaysia untuk merealisasikan impian mahupun hasrat terpendam selama ini.

“Tanpa mengira latar belakang dan status individu, asalkan impian mahupun hasrat yang disarankan berkait rapat dengan pembangunan dan mampu membawa perubahan besar dan kesan kepada masyarakat,” katanya.

Tambahnya, program ini mampu menimbulkan kesedaran dan muhasabah diri sesama insan melalui mesej dan elemen kemasyarakatan yang disampaikan dalam program Sejuta Impian.

Rancangan ini bakal ditayangkan di TV3 sebanyak 20 episod dan bersiaran selama setengah jam bermula 15 Mei ini pada pukul 7.30 malam.

Setiap episod akan dibahagikan kepada tiga segmen utama iaitu sesi perkenalan peserta dan panel juri, sesi penerangan dan manfaat impian dan keputusan panel juri.

Juri terdiri daripada individu yang mewakili pelbagai aspek dalam industri tempatan termasuk selebriti tersohor, usahawan berjaya, tokoh politik, ahli akademik dan ramai lagi.

Sebagai permulaan sesi uji bakat akan diadakan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru pada 5 dan 6 Mac dan Kuantan, Kuching dan Kota Kinabalu pada 12 dan 13 Mac.

Bagi yang berminat boleh melayari web rasmi di www.tv3.com.my/sejutaimpian

1 comments:

zahidah dihaz said...

program yang bagus...membantu pembangunan negara...bukan macam AF...
sudah click HB juga...


New entry: Hari yang membosankan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...